Tuesday, March 31, 2009

Hikmah hukuman zina dari sudut sains

Surah al – Nur ayat 2
‘perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, maka sebatlah tiap-tiap
seorang daripada keduanya seratus kali sebatan…’
Terdapat tiga bentuk hukuman hudud yang dikenakan terhadap penzina :
1-Sebat 100 kali kepada penzina yang belum berkahwin ( ghairu muhsan)
2-Buang daerah kepada penzina yang belum berkahwin selama setahun menurut pendapat Imam Malik,
Imam Syafie dan Imam Ahmad yang ianya wajib dilaksanakan bersama dengan hukuman sebat.
3-Rejam sampai mati terhadap penzina yang telah berkahwin ( muhsan). Hukuman mati ini amatlah wajar
dilaksanakan kerana mereka telahpun memiliki perhubungan seks yang halal.
Seorang pakar iaitu Dr. Jamnul Azhar bin Mulkan melalui bukunya
‘ Al – Quran dan Sains’ menjelaskan bahawa di dalam badan manusia ,
terdapat satu system pertahanan badan yang dipanggil sstem imuniti.
Sel yang paling berperanan dalam menghasilkan system pertahanan
badan ialah sel darah putih. Sama ada B Limfosit yang berkaitan dengan
Humoral atau T Limfosit yang berperanan menghasilkan imuniti pembaikan
sel ( cell-Mediated Immune System ). Apabila virus AIDS menyerang manusia,
system pertahanan badan T4 Limfosit akan dimusnahkan dengan cara virus itu
melekatkan dirinya di permukaan T4 Limfosit bagi menggagalkan T4 Limfosit
sehingga manusia mengalami kelumpuhan system pertahanan badan AIDS.
Bagi individu yang belum berkahwin, mereka mempunyai antibody
T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga.
Jika sekiranya individu itu dijangkiti HIV selepas melakukan zina,
T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV yang akan menyebabkan sel – sel T4
Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati sel – sel sum-sum tulangnya
sehingga tidak lagi dapat menghasilkan sel – sel T4 yang baru dengan jumlah
yang banyak kerana sebahagian daripada sel – sel darah putih itu akan bertukar
menjadi benih manusia. Badan akan lemah dan seterusnya akan dijangkiti penyakit
AIDS. Pesakit jenis ini mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan. Tetapi syaratnya,
individu itu mestilah disebat dan badannya mestilah mengalami kerosakan sel
yang banyak bagi merangsang penghasilan sel–sel T4 serta menggalakkan sum – sum
tulang mengeluarkan antibodi yang baru.
Kaedah sebatan yang baik adalah dengan menyebat di bahagian belakang,
tulang belakang manusia, di kawasan antara tengkuk dan di atas pinggang
dengan sebatan yang akan merangsang penghasilan semula antibodi antibodi T4
yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel – sel
T4 Limfosit menjadi 2 kali ganda jumlahnya daripada virus AIDS di dalam tubuh badan
manusia dan ia menjadi lebih dominant daripada virus AIDS sehingga ia dapat memusnahkan
virus AIDS dan manusia terselamat daripada penyakit AIDS.
Jika sekiranya individu itu adalah mereka yang telah berkahwin, apabila
dihinggapi virus AIDS, sel – sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan
sel-sel kepunyaan mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca
daripada sum-sum tulang yang kurang menghasilkan antibodi kerana fungsinya
lebih banyak ditumpukan kea rah menghasilkan benih – benih bagi tujuan
penghasilan sperma-sperma baru. Individu jenis ini tidak akan dapat diselamatkan
daripada virus AIDS dan rejam sehingga mati merupakan jalan penyelesaian yang
terbaik bagi mengelakkan jangkitan penyakit disamping memberikan iktibar yang
menyebabkan oranglain takut untuk melakukan kesalahan yang sama
Allah S.W.T yang mencipta kita dan Dialah yang paling mengetahui
segala-galanya tentang kita. Tetapi sebagai manusia yang
lemah ini kita masih berdegil dan berdolak dalih
untuk tidak melaksanakan hukuman hudud
yang mana kononnya tidak sesuai dengan zaman moden
kerana hukuman itu terlalu kejam

0 comments:

Post a Comment