Saturday, April 4, 2009

Refleksi

REFLEKSI ANDA

Anda dikehendaki untuk membuat refleksi terhadap soalan-soalan yang dikemukakan di dalam blog anda sendiri. Penilaian akan dibuat berdasarkan cara anda melakukan refleksi atau dalam erti kata yang lain cara anda menjawab soalan-soalan refleksi berikut:

Refleksi 1:
Apakah transformasi yang perlu dilalui oleh seorang guru supaya dapat mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad 21 (Sila baca sendiri apa yang dimaksudkan dengan kemahiran abad 21)?

jawapan

Pada pendapat saya, kemahiran abad ke 21 merujuk kepada kemahiran dalam bidang teknologi maklumat (IT) atau bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).ini kerana pada abad ini bidang-bidang ini digunakan secara meluas samaada dalam bidang politik, ketenteraan, awam serta tidak terkecuali dalam bidang pendidikan secara khususnya. Jadi bagi membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad ke 21 maka sepatutnya bermula daripada guru terlebih dahulu dengan melakukan beberapa tranformasi kemahiran bagi abad ini. Dari kajian yang saya perhatikan terdapat beberapa transformasi yang perlu dilakukan oleh guru tersebut. Yang pertama adalah menguasai kemahiran IT dan ICT. Penguasaan terhadap bidang ini merupakan kunci kejayaan kepada seorang guru supaya mereka tidak ketinggalan berbanding individu yang lain. Apatah lagi pada masa kini penggunaan komputer dalam bidang pendidikan adalah meluas sama sekali.ini kerana terdapat banyak sumber IT seperti internet, web, blog dan penggunaan multimedia berkomputer yang boleh digunakan oleh guru secara lebih efisien dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jadi semua maklumat pelajaran dapat dipermudahkan dan dapat diperolehi di hujung jari. Tranformasi yang kedua yang perlu dilakukan oleh guru adalah mengubah stail pedagogi pengajaran. Ini kerana stail pedagogi pengajaran zaman IT ini berbeza sedikit daripada zaman dahulu. Murid-murid zaman IT ini lebih terdedah dengan berbagai maklumat. Jadi semestinya cara mereka berfikir adalah lebih maju ke hadapan sedikit terutama sekali murid-murid yang berada di kawasan bandar. Oleh itu, dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru seharusnya lebih melibatkan penglibatan murid dalam proses tersebut. Stail atau cara ini membuatkan pelajar menjadi lebih aktif serta membentuk kemahiran amali mereka dan bukan terhad terhadap aspek teori semata-mata. Malahan guru juga seharusnya bijak dan kreatif dalam mencari stail pedagogi masing-masing kerana latar setiap pelajar adalah berbeza-beza dari pelbagai sudut.







Refleksi 2:
Ramai yang mengatakan guru-guru tidak menggunakan ICT di sekolah kerana mereka belum bersedia. Sekiranya anda ditempatkan di sekolah Bestari, apakah langkah-langkah yang akan anda lakukan untuk membantu guru-guru lain supaya bersedia untuk membudayakan ICT dan memanfaatkan perkakasan ICT yang ada di sekolah?

Jawapan

Terdapat beberapa cara untuk membantu guru membudayakan ICT di sekolah bestari. Cara pertama yang boleh saya lakukan untuk membantu guru tersebut membudayakan ICT adalah dengan mengajar guru-guru tersebut cara menggunakan peralatan serta perisian ICT di sekolah. Ini kerana antara faktor utama yang menyebabkan para guru tidak mahu membudayakan ICT adalah disebabkan mereka tidak tahu cara menggunakan peralatan mahupun perisian ICT tersebut. Bak kata pepatah “ tak kenal maka tak cinta”.Jadi apabila mereka sudah tahu tentang perkara tersebut maka keyakinan mereka untuk menggunakannya adalah lebih tinggi lagi. Cara kedua yang boleh saya lakukan adalah memohon kepada pihak sekolah supaya para guru yang tidak berkemahiran dalam bidang ICT ini dihantar berkursus di mana-mana tempat yang menawarkan bidang kemahiran ICT. Jadi apabila sudah tamat kursus maka guru-guru tersebut sudah mempunyai kemahiran ICT yang diperlukan. Walaupun cara ini mungkin memerlukan kos yang tinggi sedikit namun pulangan yang diberikan adalah berbaloi kepada pihak sekolah samaada dalam jangka masa pendek atau panjang. Kursus tersebut boleh dibuat di luar waktu persekolahan terutamanya semasa cuti sekolah. Cara ketiga yang boleh saya lakukan adalah memohon kepada pihak sekolah supaya menyediakan segala prasarana ICT yang mencukupi di sekolah terutamanya di dalam kelas. Apabila semua peralatan tersebut mencukupi, maka sepatutnya tidak menjadi alasan para guru untuk tidak menggunakan peralatan tersebut serta tidak membudayakannya sama sekali. Apa yang perlu dilakukan hanyalah guru Cuma perlu tahu sedikit cara-cara untuk mengendalikannya. Lama kelamaan mereka akan mahir serta terbiasa menggunakannya.

Refleksi 3:
Untuk refleksi seterusnya, berikut adalah soalan-soalan yang perlu dibincangkan bersama. Soalan-soalan ini menuntut anda memikirkan pengalaman yang telah dilalui pada semester ini yang berkaitan dengan pembelajaran atas talian menggunakan Moodle (ADEC). Soalan-soalan ini adalah amat penting kerana ianya akan membantu anda sebagai seorang guru yang juga akan menggunakan pembelajaran atas talian dengan murid-murid anda suatu hari nanti.
1- Apakah ciri-ciri dan kemahiran yang ada pada anda membolehkan anda mengawal proses pembelajaran anda secara atas talian?

Jawapan

Antara ciri-ciri yang perlu ada bagi membolehkan proses pembelajaran atas talian dikawal adalah mempunyai kemahiran asas menggunakan komputer. Ini kerana proses pembelajaran atas talian ini dilakukan menggunakan komputer sepenuhnya.oleh yang demikian, kecekapan menggunakan komputer akan memudahkan saya mengawal proses pembelajaransecara atas talian. Kesimpulan daripadanya, kemahiran asas komputer hendaklah dikuasai terlebih dahulu agar dapat menguasai dengan mudah proses pembelajaran secara atas talian.

2- Apakah bahan atau sumber yang perlu disediakan oleh tutor/pensyarah supaya anda boleh mengawal proses pembelajaran anda atas talian?

jawapan

bahan atau sumber yang perlu disedikan oleh tutor atau pensyarah adalah komputer. Ini kerana pembelajaran secara atas talian adalah menggunakan komputer sepenuhnya. Melalui komputer ini pula, tutor mahupun pensyarah dapat menyediakan bahan-bahan perisian untuk dimasukkan ke dalam akaun saya supaya bahan tersebut dapat saya gunakan melalui komputer.

3- Apakah perkara-perkara yang perlu dibuat oleh seorang guru untuk membantu murid meningkatkan kawalan proses pembelajarannya secara atas talian?

Jawapan

Perkara yang perlu dibuat oleh seorang guru untuk membantu murid meningkatkan kawalan proses pembelajarannya secara atas talian adalah dengan menambahkan bahan-bahan pembelajaran atau tutorial secara atas talian. Melalui cara ini murid-murid akan dapat menyemak serta mengambil bahan pembelajaran tersebut secara atas talian . melalui proses tersebut yang dilakukan secara berulang-ulang juga, maka murid akan berupaya meningkatkan kawalan pembelajarannya supaya menjadi lebih cekap. Selain itu juga, pensyarah boleh memberikan kerja rumah melalui atas talian dan meminta pelajar membuat serta menghantar kerja tersebut melalui atas talian juga untuk meningkatkan kawalan mereka terhadap proses pembelajaran atas talian tersebut.

Refleksi 4:
Nampaknya kelas kita sudah hampir ke penghujungnya. Saya berharap agar anda sudah mendapat banyak manfaat dan ilmu serta kemahiran dalam masa 9 minggu ini. Anda akan menyerahkan tugasan projek anda tidak lama lagi. Saya ingin mengetahui pendapat anda tentang pengalaman menyiapkan tugasan projek tersebut. Soalan-soalannya adalah seperti berikut:

1. Apakah pendapat/persepsi anda apabila diberitahu bahawa anda dikehendaki untuk menyiapkan satu koswer yang menggabungkan semua elemen-elemen multimedia?

Jawapan

Bagi saya ini merupakan sesuatu idea yang sangat baik dan menarik, kerana saya dapat mencurahkan kembali ilmu yang saya perolehi dan pelajari semasa berada di dalam kuliah sebelum ini. Melalui projek ini juga saya dapat mengetahui tahap kemampuan dan penguasaan sebenar saya terhadap apa yang telah di ajar oleh para pensyarah. Selain itu juga, saya dapat berkongsi bermacam-macam maklumat dengan rakan yang lain kerana projek ini dijalankan secara berkumpulan. Oleh yang demikian segala kesalahan dan sebarang kekurangan dapat ditampung dan diperbetulkan melalui kerjasama yang diberikan oleh rakan-rakan yang lain. Melalui projek yang dilakukan juga saya dapat melihat bahawa subjek multimedia ini amat menekankan penguasaan pelajar dari sudut amali bukan setakat dari sudut teori semata-mata.Pelajar dituntut supaya lebih keatif dalam menghasilkan projek yang dilakukan oleh mereka ini.

2. Pada pendapat anda adakah projek ini akan dapat membantu anda ketika anda menjalani praktikum nanti?

Jawapan

Ya, ini kerana apabila sudah menguasai elemen-elemen multimedia ini, maka saya dapat mempraktikkannya pula semasa membuat praktikum nanti terhadap para pelajar.

3. Untuk makluman anda ketika pembentangan projek nanti, rakan-rakan anda yang lain dikehendaki untuk membuat penilaian terhadap anda berasaskan bintang (memberikan jumlah bintang yang bersesuaian dengan produk yang dihasilkan dan pembentangan yang dilakukan)
Soalannya, sekiranya anda fasilitator/tutor kelas ini, adakah anda akan menukar kaedah penilaian tugasan ini?
Jika YA, jelaskan bagaimana dan mengapa? Jika TIDAK (dan ingin mengekalkan kaedah penilaian menggunakan sistem bintang), mengapa?

Jawapan

Sekiranya saya fasilitator, saya tidak akan akan menukar kaedah penilaian dan ingin mengekalkan penilaian menggunakan sistem bintang. Ini kerana pada pendapat saya kaedah penilaian seperti ini lebih bersifat telus, adil dan saksama. Kaedah seperti ini memberi peluang kepada semua rakan-rakan untuk memberikan markah yang terbaik dan bersesuaian berdasarkan produk dan pembentangan yang diberikan. Selain adil dan saksama, kaedah ini juga adalah lebih mudah dan efisien, rakan-rakan Cuma perlu memilih untuk memberikan bintang yang terbaik kepada para pembentang. Walaupun mungkin terdapat pro dan kontra dalam menggunakan kaedah seperti ini contohnya terdapat kemungkinan rakan-rakan akan memberikan bintang yang tidak bersesuaian dengan niat yang salah namun bagi pendapat saya, kebaikan memilih sistem bintang adalah lebih banyak berbanding keburukan yang diperoleh daripadanya.

Refleksi 5:
Apakah cadangan dan pendapat anda bagi memperbaiki sukatan pelajaran yang terdapat dalam subjek Multimedia dalam Pendidikan Islam ini? Adakah ianya perlu diubah? Sekiranya YA kenapa dan bagaimana. Sekiranya TIDAK kenapa?

Sekian. Harapan saya agar anda dapat memberikan pandangan yang bernas dan kreatif.

Jawapan

Pada pandangan saya, sukatan pelajaran yang terdapat dalam subjek multimedia dalam pendidikan islam ini ianya tidak perlu diubah. Ini memandangkan kandungan yang terdapat dalam subjek ini sudah memenuhi kriteria yang sepatutnya ada dan memenuhi keperluan semasa. Sukatan yang di ajar seperti cara membina web, membuat blog, membuat video menggunakan perisian tertentu merupakan sebahagian keperluan IT masa kini. Oleh yang demikian dari sudut kandungan tidak banyak perubahan yang perlu dilakukan. Cuma untuk langkah penambahbaikan, beberapa perkara perlu dititikberatkan. Membuat blog, web dan perisian yang lain adalah agak rumit sedikit dan memerlukan banyak langkah, tidak semua pelajar mampu menangkap apa yang diajar oleh pensyarah dengan cepat dan betul. Oleh yang demikian pensyarah seharusnya memantau dengan lebih teliti hasil kerja yang dilakukan oleh para pelajar. Tumpuan harus diberikan kepada keseluruhan pelajar khususnya. Di samping itu, semasa membuat penerangan, pensyarah seharusnya membuat penerangan secara lebih terperinci dan khusus terutamnya dalam bahagian yang susah untuk difahami dan dilakukan. Melalui cara ini kefahaman pelajar akan lebih meningkat dan meyakinkan mereka. Selain penerangan yang terperinci, pensyarah juga boleh memberikan lebih banyak contoh yang berkaitan dengan topik yang diajar supaya para pelajar mempunyai lebih banyak alternatif dalam pembelajaran multimedia mereka.

Template by:
Free Blog Templates